fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Cara Keluarkan Duit Dari Shopee

11,771

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Cara Keluarkan Duit Dari Shopee

Duit dah masuk, tapi macam mana nak keluarkan duit dari Shopee? Pernah tanya soalan ni? Soalan ni biasa ditanya kepada saya dari mereka yang baru bermula berniaga di Shopee.

Sebelum itu anda perlu tahu bahawa hanya satu pengeluaran sahaja dibenarkan di dalam 1 hari. Jika anda sudah buat pengeluaran untuk hari ini, maka anda tidak boleh lagi buat pengeluaran untuk kali ke-2 pada hari yang sama. Anda perlu tunggu sehingga hari esok. Minimum pengeluaran adalah sebanyak RM1.

Dalam seminggu pula anda dibenarkan untuk buat 3 kali pengeluaran. Jika melebihi 3 kali pengeluaran dalam seminggu, anda akan dikenakan ‘Processing Charge’ dengan kos sebanyak RM0.11 untuk setiap pengeluaran.

Langkah-langkah keluarkan duit dari Shopee

  1. Login ke Akaun Seller dan klik pada ‘My Wallet’Keluar Duit Dari Shopee
  2.  Di bahagian My Wallet ini, jumlah baki akaun anda akan dipaparkan di sini. Untuk keluarkan duit klik pada butang Withdraw dan pilih akaun bank anda.
  3. Masukkan jumlah duit yang anda ingin keluarkan dari My Wallet ini. Di bahagian ini saya tetapkan RM3,000 untuk pengeluaran. Kemudian klik pada butang Confirm untuk pengesahan.
  4. Selepas anda confirm, anda perlu memasukkan wallet PIN anda untuk melengkapkan proses. Tanpa wallet PIN anda tidak dibenarkan buat pengeluaran. Ia adalah langkah keselamatan supaya hanya orang yang layak sahaja dibenarkan untuk buat pengeluaran duit.
  5. Selepas berjaya memohon untuk pengeluaran, anda perlu tunggu 2-5 hari untuk pihak bank proses permohonan anda.
  6. Maka selesailah tutorial cara keluarkan duit dari Shopee. Good luck 🙂

Bacaan lain berkenaan Shopee:

  1. Cara Menjual di Shopee
  2. Cara Pos Barang di Shopee

 

92 Comments
  1. Idaa says

    Assalamualaikum..saya nak tanya kalau barang yg kita jual dekat shopee dekat customer n customer tersebut tak receive lagi barang tu adakah boleh saya withdraw duit tu dulu? Ke kena tunggu barang received dekat cust dulu baru boleh withdraw? Minta penjelasan sifu. Terima kasih

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Withdraw tak kisah. Boleh buat bila-bila masa sahaja. Barang yang customer belum terima actually belum masuk pun lagi dalam akaun melainkan customer dah klik order received.

  2. Willin says

    Selamat sejahtera.
    Saya mahu jadi reseller dlm shopee ni. Banyak perlu belajar..Terima kasih atas info yg diberikan.

  3. Aminss says

    Transfer to accaunt bank dari shoppeepay brpa hri berkerjA?

    1. Eezwan Manaf says

      2-3 hari berkerja

  4. muhd says

    Assalam, nak tanya selamat atau tak buat ic verification sebab perlu tankap gmbar ic.mohon pencerahan

    1. Eezwan Manaf says

      Salam.InshaAllah selamat. Itu memang prosedur sekarang

  5. zira says

    ade x ek ape2 care lain untk buat keuntungan tanpa mnjual…hihihi

    1. Eezwan Manaf says

      kalau ada kepakaran bercakap mungkin boleh :p

  6. Yaya says

    Salam nk tnya psl account bank. Adakah wajib utk ada account dlm setiap bank. Utk memudahkan customer ke. Kalau Ada dalam 3 acct sahj x cukup ke.

    1. Eezwan Manaf says

      Saya tak berapa faham soalan ni. Apa maksud ada account dalam setiap bank?

  7. Watie says

    Sy dh bank in… br bc komen2 seller penipu so sy refund/return.. utk shoppee pay memerlukan respon seller…. skiranya xde apa respon dr seller apa yg akn blaku pd duit tsebut

    1. Eezwan Manaf says

      akan auto deduct dari akaun seller masuk shopee pay cik

      1. NORSYARMIMI says

        Sy topup ke shopee pay 1500..n sy beli topup digi 50 dngn byarn online bankin tp gagal pembelian sy…jd shopee nk refund blik duit tu ke shoppe pay sy…tp shopee pay sy dh melebihi had maksimum ,bilaa sy transfer kluar duit 1500 tuu…dh msuk bank pon…dlm shopee tetap tulis sedang dijalankan…so 50 hinggit tuu xboleh nk msuk dlm shopee pay sy…macam nk buat ni..

        1. Eezwan Manaf says

          Yang ni kena call direct dengan pihak Shopee.

    2. mal says

      assalam…encik saya nk tnye shopeepay ni bahaya ke?
      (sbb dia melibatkan gambar ic&gambar kita sekali dengan ic kita…)bkn ke tu data pribadi kita…

      1. Eezwan Manaf says

        Salam. Memang itu cara nak verify orang sebenar dengan scammer.

  8. Fakhri nizar says

    Saya bayar menggunakan credit/debit card tetapi payment failed and servor error dia cakap..tapi duit dalam akaun saya sudah ditolak, adakah saya akan dapat balik wang saya?

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh cuba refund. Biasa dapat balik.

  9. Dyg says

    Sy nak bayar menggunakan pay wallet. Bila klik sy dpt jawapan unmodified device. Apa yg p3rlu sy lakukan tuan? Balance sy masih ada dlm pay shoppe.

    1. Eezwan Manaf says

      Cuba login menggunakan telefon lain dan test. Takut phone tak support

  10. Yaya says

    Assalamualaikum..saya nak tanya kalau tamat tempoh untuk permohonan bayaran balik duit..adakah tidak boleh minta refund balik duit..Mohon penjelasan

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Ye kalau dah lebih tempoh tak boleh minta refund lagi

  11. Nadia ain says

    Aslm , mcm mna nk refund semula duit yg kita dh bayar tu? Sbb seller cancel order saya

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Duit shopee akan masukkan dalam Shopee pay atau wallet. Boleh gunakan wallet tu untuk beli barang lain

  12. AZUAN BIN ZULKIFLI says

    as salam… baru nak belajar jual kat shopee…. nak tanya setiap jualan kita jual berapa persen shopee akan ambil…

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam

      Shopee akan ambil 2% dari transaksi yang berjaya

  13. ilham karimi says

    assalam saya nak tanya, duit saya dh msuk dalam shoppe pay bile nak withdraw dia minta saya verified akaun bank. macaman caranya ye.?

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Biasa dia bagi guide macam mana nak verify tu. Boleh tengok dokumentasi dari Shopee

      1. Muhammad Fariz says

        Assalamualaikum.. Saya nak tanya.. Saya adalah dropship untuk kasut.. Contohnya kalau ada cust nk beli kasut.. Adakah duit akan masuk terus dalam acc saya atau saya perlu keluarkan duit saya dahulu untuk bayar kepada agent saya?

        1. Eezwan Manaf says

          Waalaikumussalam.

          Sepatutnya agen akan bayar dulu kepada supplier. Macam mana cara pembelian drosphip ni? Kalau pembelian kat shopee. Duit akan masuk wallet selepas customer tekan receive order atau selepas 3 hari. Kena pastikan order dah diterima dalam shopee. Jadi untuk ini kena dahulukan duit sendiri dulu.

    2. nor Erna syarhira says

      Assalamualaikum ..nk tnya ..duit saya yg dikeluarkan Dari shopee pay ke account bank sy Tu Masih lagi dlm proses ..biasa ambik masa berapa lama ye ?

  14. Nurul says

    As salam..sya bru nk try jual dlm shopee..sya ada bbrapa soalan nk tya..
    # utk bgkusan produk kn pk plastik yg ada poket ke utk bil
    # mcm nk print bill blh ke dr hp ke printer trs @ kn ada komputer
    # borg PL9 kn isi sekali @ setiap kali ada pengeposan

    Tq…sya bdk bru bljar

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam

      1. Tak perlu pun tapi untuk senang nak masukkan way bill, jadi perlu la juga
      2. Shopee tak boleh print pakai hp. Kena ada laptop/pc
      3. PL9 kena isi setiap kali hantar pos

    2. nor Erna syarhira says

      Assalamualaikum ..nk tnya ..duit saya yg dikeluarkan Dari shopee pay ke account bank sy Tu Masih lagi dlm proses ..biasa ambik masa berapa lama ye ?

  15. Wardina says

    Assalamualaikum. saya nak tanya kalau kita beli barang contoh nya rm 21 dan kita bank in rm30 . mcm mana nak dapatkan balance ya ? ke balance nya masuk dalam e- wallet

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam.. Kenapa bayar lebih ye? Kalau bayar manual kena minta dengan seller balik.

  16. myla says

    saya order barang dkt shoppe . tp barang tu tidak di hantar . banyak comment barang tidak smpai . duit saya masih bole ambil blik ka?

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh jika issue refund sebelum 3 hari barang sampai. Shopee akan buat siasatan dan bertanya kepada seller. Jika betul, duit akan dapat balik

  17. Aida says

    Sya beli brg…leps tu seller cancel delivery sya…dan duit msuk dlm wallet…sya dh withdrw duit tu msuk ke dlm akaun…brape lama masa duit tu akn masuk ke dlm akaun…sbb dlm shoppe wallet dh xde duit tu,cek dlm bank pun duit xmsuk lgi…

    1. Eezwan Manaf says

      Biasanya dalam 2,3 hari berkerja

  18. ira says

    Assalamulaikum.. saya msukkan pin wallet tp x sah..

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam.. Boleh contact shopee untuk masalah pin

      1. Wanierashid says

        Berapa lama shopeepay nak verified IC & gambar selfie with IC tu? Sbb seller refund duit sy sbb stock hbis. Tp refund tu still pending sbb shopee belum verified IC tuu. Then duit tu sy akn dpt balik ke kalau lebih 3hari???

        1. Eezwan Manaf says

          Shoppe Pay ni baru lagi..Better contact terus dengan Shopee.

  19. Syahida Nurdamia says

    Hi, macam mana kalau kita lupa no phone dulu bagi proses change no?

    1. Eezwan Manaf says

      Minta Shopee support tolong tukarkan. Maybe akan proses verification dulu dari diaorang.

  20. Syahida Nurdamia says

    Hi, macam mana if saya nk set up e-wallet shoppe but bila nk verify dia hantar pada no dulu… Malangnya, bila proses nk tukar no phone saya tak ingat no phone dulu. Tlg saya, bnyk duit dlm wallet shoppe tu

    1. Eezwan Manaf says

      Untuk kes macam ni kena contact support Shopee sebab diaorang je yang boleh settlekan perkara ni

  21. Damia says

    saya beli barang kat shopee pakai atm transfer lepastu saya nak cancel boleh ke. macam mana ya?

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh kalau seller belum buat arrangement lagi. Bergantung pada seller untuk terima atau tak. Untuk cancel boleh klik kat produk yang dah beli dan klik Cancel

  22. Azila says

    Nak tanya macam mane dengan duit customer saya yang saya cancel post .. adakah duit tu akan kembali ke customer saya .. sbb saya tertekan cancel .. then MCM mne nak lanjutkan pengiriman dngn cancel pembatalan tu

    1. Eezwan Manaf says

      Duit akan masuk ke dalam ShopeePay customer. Kena chat dengan customer supaya dia buat pembelian semula menggunakan Shopee Wallet

  23. nurul fazlin bt burhan says

    seller dah batalkan jualan dan sudah bayar semula kpd shopeepay,,berapa lama kah tempoh pengeluaran dari shopeepay ke dalam akaun bank,,sebab dlm shopeepay transaksi sudah berjaya tapi amaun yg ditransfer tidak masuk ke dalam akaun bank lgsg,,so brape lame duit tu akan masuk dlm akaun bank..terima kasih

    1. Eezwan Manaf says

      Duit tak akan masuk ke dalam akaun bank jika tak withdraw. So kena withdraw dari ShopeePay

      1. Aziemah says

        Saya dah buat withdraw duit dari shopeepay ke akaun bank. Dah tgu 3hari bekerja dan semalam dah dapat notification duit dah berjaya di withdraw ke bank akaun. Tapi duit saya tak masuk lagi. Dah 5x check online banking dah.

        1. Eezwan Manaf says

          Yang ni saya tak pasti. Kena tanya pihak Shopee. Semak dulu betul ke bank tersebut yang digunakan untuk withdraw.

  24. Man says

    Adakah shopee pay selamat? Dia mintak gambar ic kita dan selfie bsama ic kita utk dptkan kembali duit refund. Sy risau pihak lain salah guna gambat tsebut.

    1. Eezwan Manaf says

      Memang itu procedure dia. Itulah langkah keselamatan supaya duit refund dimasukkan ke akaun yang betul. Jangan risau

      1. mohammad says

        Tapi tak selamat utk owner ic. Salinan ic boleh disalahgunakan. Ic tak boleh dicross ‘shoppe pay only’.

      2. Maria says

        Hi nak tanya saya withdraw duit dari shopeepay .. d shoppepay mengatakan traksaksi pemindahan duit saya telah berjaya tapi saya cek acc duit langsung xmasuk .. berapa lama kena tunggu ya ? Lebih 5 hari saya tunggu duit tetap xmasuk macam mana saya nak dapatkan semula duit saya yg lesap tanpa punca ??

        1. Eezwan Manaf says

          Untuk isu ni cik kena contact Shopee sendiri. Bank mana yang ditetapkan masa buat shopeepay tu?

  25. yusman says

    Sy nak tanya E. Eezwan, mcm mana kalau sy dh buat order then sy dah buat payment, lepastu sy cancel order sbb xjadi beli. Bayaran balik diluluskan dan ditambah ke wallet.. Mcm mana sy nak dptkan semula duit sy ye? Boleh bantu x jika awak tahu caranya.
    T. Kasih

    1. Eezwan Manaf says

      Kalau masuk dalam wallet boleh keluarkan tapi kena add bank akaun dulu dan set password. better guna duit tu buat beli barang lain dalam shopee.

    2. Yan says

      Kalau kes mcm ni brapa lama ya dpt balik duit ke dlm shoppepay yg kita refund slepas payment? Sebab sy order brg pastu tersilap alamat. Then sy cancel order.

      1. Eezwan Manaf says

        Kena tunggu seller confirmkan refund lepas tu duit akan masuk terus dalam wallet

  26. Syahidah aisyah says

    Sy nak tanya, mcm mana kalau sy dh buat order then sy dah buat payment, lepastu sy cancel order sbb order sy masih di bahagian to pay, sepatutnya to ship dan dekat shopee wallet xde jumlah duit yg sy nak withdraw tu. Mcm mana sy nak dptkan semula duit sy ye? Boleh bantu x jika awak tahu caranya.

    1. Eezwan Manaf says

      Saya dah jawab yg ni dalam email 🙂

  27. Aisyah says

    mcm mana kita nak bayar ke seller kalau kita jadi dropship? sbb barang kena sampai dekat customer dulu kan baru duit masuk dekat wallet shopee kita?

    1. Eezwan Manaf says

      Tengok pada perjanjian dengan seller tu macam mana. Ada seller yang terus beli melalui Shopee. Ada seller yang kena order melalui website. Walau macam mana pun, kita memang kena dahulukan duit kita dulu untuk bayar kat seller.

    2. Verra says

      Hallo nak tanya.. Macam mana nak tukar no hp untuk pin akaun shoope?

  28. hanatrading zhafirah says

    assalamualaikum tuan sy ada soalan jika customer xconfirmkan oder adakah kita akan dapat duit tersebut risau plak syg cust dah dapat tp xconfirmkan aishhh

    1. Eezwan Manaf says

      Shopee akan automatik release duit ke akaun selepas 3 hari buyer dapat barang tapi tak confirmkan. SO jangan risau 😀

  29. khairul says

    mcm mana nak bagi barang kita laku terjual. sy tengok barang orang lain laku keras saja, barang kita tak jalan pun, nak kata tak pasang ads, pasang dah.
    tolong ajarku sifu

    1. Eezwan Manaf says

      Yang ni subjektif juga nak jawab ni. Saya jawab berdasarkan pengalaman saja:
      1. Produk apa yang dijual tu penting juga. Kalau jual produk yang tak ada orang cari susah juga
      2. Harga jangan terlampau tinggi kalau pesaing banyak
      3. Tajuk biar ada keyword carian.
      4. Gambar mesti cantik
      5. Description biar jelas
      6. Kalau buat ads, kena bid harga. kalau letak bid rendah produk susah nak naik.
      7. Boost setiap 4 jam setiap hari

      1. Wani says

        Salam sy nk tanya, kenapa sy tak dapat aktifkan shopeepay sy. Dia bgitahu for greater account security, please use an unmodified devide. Saya tak tahu nak selesaikan macam mna

        1. Eezwan Manaf says

          boleh guna phone family yg lain. maybe phone tu rooted

        2. Acikong says

          Update balik shopee di play store

  30. Ikwan says

    Macam mana nak refund balik duit bila seller tidak ada respon untuk post barang yang kita beli.. saya bayar guna banking fpx.

    1. Eezwan Manaf says

      Nak minta refund ke? Klik cancel order je. Tapi bergantung pada seller untuk approve atau tak. Kalau seller dah pos barang tak boleh refund. Shopee bagi masa 2 hari sahaja untuk seller pos barang.

  31. Nalis says

    Assalam tuan.
    Boleh cerita sikit seller yang menawarkan bayaran installment kepada buyer di shoppe ni.
    Thanks.

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Untuk plan installment kena register plan installment dengan shopee. Plan yang ditawarkan adalah untuk 6 bulan dan 12 bulan di mana minimun purchase adalah RM500 ke atas. Shopee akan ambil 1% fee untuk setiap jumlah transaksi. Biasanya yang buat installment ni adalah penjual handphone.

  32. MOHD YUSOF BIN MOHD says

    tuan.. nk tanye.. berapa lama proses bila kita jual barang duit masuk dalam wallet tu

    1. Eezwan Manaf says

      Bergantung pada cepatnya barang sampai. Bila barang sampai cusotmer akan confirmkan barang dah dapat. Bila dah confirm duit akan terus masuk dalam wallet. Kadang-kadang buyer tak confirmkan bila barang dapat. Jadi kena tunggu 3 hari selepas barang dapat baru duit masuk

  33. abamkie says

    thanks for sharing. abe kie baru nak berjinak 2 dgn shopee ni…

    1. Eezwan Manaf says

      Sama2 abe Kie 😀

      1. hafiz says

        hai saya nak tanya .saya kena tipu dngn seller cina.saya tak tahu yang komen pasal seller cina ni banyak yang kena tipu.macam mana boleh saya dapat wang melalui shope.

        1. Eezwan Manaf says

          Kalau belum lebih dari 3 hari boleh issue refund & kena nyatakan kenapa kena refund. Shopee akan hold duit dari seller. Shopee akan buat siasatan dulu dan tunggu reply dari seller

      2. Riel80 says

        Assalam…saya ada 3 akaun shopee. Hanya 1 akaun shopee saja yg boleh guna shopee pay. Yg 2 akaun lagi ditolak kerana no IC sama. Memang hanya 1 saja ke yg boleh guna ?…

        1. Eezwan Manaf says

          Ye nampaknya begitulah.

        2. Zira says

          Hai sy nk tanya..dlm shopee wallet kenapa tak boleh tekan butang continue..dah call cust service dia suruh logout dan log in balik tp still tak jadi

          1. Eezwan Manaf says

            Cuba guna kat laptop lain atau browser lain.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More