Cara Bayar Loan Kereta RHB Melalui CIMB Clicks
Topik kali ini pasal cara bayar loan kereta pula. Al-maklumlah mungkin ramai yang tak tahu bahawa kita boleh bayar loan kereta dari bank lain melalui CIMB Clicks atau mana-mana online banking dari bank lain. Cuma post ini saya akan sentuh tentang CIMB Clicks.
Lepas ini tak perlu pergi ke kaunter atau Cash Deposit Machine (CDM) lagi dan boleh jimat masa, tenaga dan duit minyak
Cara Bayar Loan Kereta Melalui CIMB Clicks
1. Login ke dalam account CIMB Clicks anda
2. Pergi ke bahagian Pay & Transfer > Transfer Money
3. Kemudian isi bahagian seperti dalam gambar di bawah
Memandangkan CIMB Clicks tidak caj apa-apa jika membuat bayaran secara Instant Transfer, jadi anda klik sahaja pilihan tersebut. Teruskan mengisi
4. Isi no TAC dan Klik butang Confirm
5. Notis ‘Successful’ akan dipaparkan jika pembayaran berjaya
6. Selepas berjaya untuk simpanan resit, anda bolehlah print dengan klik pada button yang bertanda seperti di bawah
7. Sebolehnya prints as PDF dan simpanlah resit tu dalam PC/Laptop anda ye supaya senang nak buat rujukan nanti.
Ok itu sahaja cara bayar loan kereta RHB melalui CIMB Clicks. Jangan takut untuk mencuba 🙂
Salam hi saya nak tanya, kalau bayar guna method ni, bank tersebut akan terus dpt payment tu ke or dia akan floating and tggu 3 hari bekerja baru dia terima payment kita?
Waalaikumussalam. terus dapat. Pastikan download transaction dan simpan untuk bukti bayaran kalau ada apa-apa masalah
Salam .. nak tanya , sy terlupa nak letak no plat kereta dkat reference tu.. hire purchase pun x ade.. sy just letak balik no acc tu.. mcm mna ye? Boleh ke?
Waalaikumussalam. Sebolehnya call bank untuk kepastian sama ada mereka terima tak bayaran kita tu.
Selamat pagi. saya ingin bertanya,kalau payment type tu kita pilih fund transfer dan bukan loans. macam mana? sebab saya hari salah pilih, saya pilih payment type fund transfer.
Saya pun tak pasti yang ni. Kalau berjaya transfer kena contact pihak bank loan tu untuk double confirm duit dah masuk ke belum
salam, sy baru nak try guna cimb click bayar kereta..tp hire purchase maybank..cara sama juga ke..
Salam. Ya sama sahaja.
Salam nak tanya… Sya baru 1st time beli kereta.. Tok 1st month tu kena bayar ke.. Maaf klaw lari dari tajuk
Salam. Kalau ikut perjanjian macam mana ye? Kalau bayar pun tak ada masalah sebab kalau terlebih bayar lagi bagus. Sistem akan kira sendiri nanti.
salam tuan.klu drpd rhb nak transfer ke cimb mcm mana tuan
Salam. Lebih kurang sama je cara dia cuma maybe interface je lain
Salam tuan,
No akaun kereta tu nk tgk kt mana ya? first time nk try bayar online ni
Dekat agreement. Kalau buat bayaran kat kaunter bank, kat slip ada no akaun kereta
Salam nak tanya, kalau dari CIMB ke Public Bank macam mana ya? tau tak?
Saya tak pasti. Tapi kalau ikutkan logik la ye. Boleh je buat instant transfer macam kat atas ni. Kena tanya public bank juga
Salam Tuan,
Sy ada try buat method begini kat cimbclicks bayar loan kereta public bank. Tp transaction declined by recipient’s account. sy tak tahu la kenapa.
Salam. Tuan kena contact pihak bank. Nanti dia ajar step by step
macam mana nak dapatkan no akaun kenderaan ya?
Kalau pernah buat bayaran manual kat bank, no akaun akan dicetak dalam resit. Kalau tak tahu kena call bank.
i see. thanks btw 🙂
Sama-sama 😀
Macam mana nak bayar loan kereta mengunakan cimbclick ke maybank
Follow je step kat atas cuma pilih bank Maybank
tq for sharing
Sama-sama 🙂
Assalamualaikum encik.. Kalau nk bayar bulanan kereta guna online public bank , blh ke? Step sama juga ke?
Waalaikumussalam. Biasa sama sahaja. Loan guna RHB juga ke? Kalau RHB sama. Kalau bank lain tak pasti